Tuesday, June 24, 2008

APA PENDAPAT ANDA.

ISU HARGA BARANG DAN KEPERLUAN.

pada pendapat saya... semua yang berlaku ini adalah ujian Allah. ini bukan bala dari Allah.walaupun ia adalah kerana tangan - tangan manusia yang tidak bertaggungjawab tetapi mesti diingat bahawa perbuatan mereka itu telah di izinkan oleh Allah untuk terjadi. sehubungan dengan itu, kita dekatilah Allah pasti tiada rugi, bagi yang merasakan diri mereka terjebak sebagai penyebab berlakukan masalah ini, maka dekati Allah. ingat semuanya ada bahagian disis Allah.

marilah kita merapatkan saf dan memfokuskan dengan tujuan maksud kedatangan kita kedunia ini, segala isu dunia yang berlaku adalah rencah dan asam garam kehidupan tetapi ingat kita pasti akan mati, maka buatlah apa sahaja untuk keperluan dunia kita asalah ininya akan membatu kita semasa menjawab soalan mungkar dan nakir..

wassalam...

1 comment:

MI Syakir Ishak said...

Isu kenaikan harga makanan global serta lonjakan kadar inflasi negara mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan isu kemusnahan alam serta kemerosotan kualiti sumbernya. Jika kita melihat kemusnahan alam dari perspektif Al Quran, Surah Al Rum :41, Jelas sekali bahawa kerosakan yang telah berlaku sama ada di laut dan di darat adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia. Prof Hamka menafsirkan kerosakan (fasad) ini adalah dalam bentuk pencemaran alam. Begitu juga Ibn Katsir, beliau telah menafsirkan bahawa antara bentuk kerosakan yang telah berlaku ialah kemerosotan produktiviti hasil pertanian. Buktinya, fenomena kenaikan harga makanan global baru-baru ini adalah disebabkan oleh kemerosotan produk pertanian kesan perubahan iklim dunia.