Tuesday, June 24, 2008

NASIB GURU -GURU SEKOLAH AGAMA RAKYAT

NASIB SEKOLAH AGAMA RAKYAT

SAR (Sekolah Agama Rakyat) adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. SAR boleh terus beroperasi sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan negara bagaimanapun mungkin perlu didaftarkan dulu di bawah Akta Pendidikan 1996 sebagai institusi pendidikan agama swasta.

Satu Kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan dalam tahun 1996, menyatakan bahawa prestasi pelajaran di SAR (Sekolah Agama Rakyat) amat menyedihkan akibat pentadbiran dan pengurusan sekolah yang lemah, kualiti guru yang rendah dan prasarana yang daif. Ada sebahagian SAR telah didapati mensia-siakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang berbentuk kewangan, kebendaan dan pembiayaan kursus-kursus latihan, keguruan dan pengurusan. Dapatan kajian mendapati bahawa 90 % guru tidak mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan, 73.2 % guru tidak berijazah dan 26.5 % guru hanya mempunyai sijil Sekolah Menengah Agama atau SPM atau Empat Thanawi sahaja, 64% guru didapati tidak pernah menggunakan alat bantu mengajar (ABM), 65% pengetua mempunyai pengalaman pentadbiran kurang dari 5 tahun, 67% pengetua belum mengikuti kursus kewangan sekolah.

Satu kajian dilakukan oleh Jabatan Penyelidik Sekolah Pembangunan Sosial Uiversiti Utara Malaysia mendapati 64% guru didapati tidak pernah menggunakan alat bantu mengajar (ABM). Ditambah lagi dengan kajian yang dibuat oleh Dr. Syed Mohd Dawilah Syed Abdullah al-Edrus (Universiti Sains Malaysia) & Shukri Ahmad (Universiti Utara Malaysia) mendapati 90% pelajar tidak pernah menggunakan komputer kerana tidak ada kemudahan. 45% pelajar mendakwa guru hanya memberi kerjasama sekali-sekala. 65% pelajar, menyebut guru kadangkala ponteng. Sementara

Kajian yang dibuat oleh Dr. Hj. Shahril @ Charil b Hj. Marzuki (1999), Uviversiti Malaya menyatakan bahawa 65% pengetua mempunyai pengalaman pentadbiran kurang dari 5 tahun, 67% pengetua belum mengikuti kursus kewangan sekolah, 875 sekolah tidak mempunyai pembelajaan yang cukup untuk operasi sekolah,Pembelajaan sekolah tertumpu kepada pembaikan bangunan (24%), bil elektrik (24%), bil telefon (22%) dan bil air (11%). Kebanyakan sekolah mengalami kekurangan kewangan untuk mengurus dan membangunkan sekolah. Implikasinya, (90%) sekolah tdak cukup alat sains dan matematik, (94%) tidak cukup buku rujukan, (80%) tidak cukup kakitangan pembantu guru.

No comments: