Tuesday, June 24, 2008

BUDAYA ORGANISASI

Budaya Organisasi

Menurut Ungku Norulkamar et.al (2003), di dalam Tabiat Organisasi menyatakan bahawa terdapat lima dimensi budaya menurut Hofstede (1980) iaitu individulisme – kolektivisme, jarak kuasa, pengelakkan ketidakpastian, kelelakian-kewanitaan, dan orientasi jangka panjang. Lima dimensi tersebut boleh diperjelaskan seperti berikut :

a) Individulisme – kolektivisme (individualism – Collectivism)

Individualisme – kolektivisme adalah ukuran keintiman realitif hubungan antara anggota masyarakat (Hofstede, 1980) atau dalam erti kata lain, ia membawa maksud bahawa sistem sosial sesebuah negara adalah berasaskan individu dan kumpulan. Individualisme adalah keadaan di mana individu cuma mengambil berat atau mementingkan tentang diri sendiri serta ahli keluarga yang terdekat sahaja manakala kolektivisme pula adalah satu rangka kerja di mana individu membezakan antara ahli kumpulan dan bukan ahli kumpulan. Ia cuba menjangkakan isu asas tentang apa yang memotivasikan individu dan dianggap penting oleh individu dalam sesuatu masyarakat.

b) Jarak kuasa (Power Distance)

Pembolehubah ini mengukur sejauhmana anggota sesuatu masyarakat menerima perbezaan kuasa dan status di kalangan mereka sendiri. Ini bermakna ia melihat kepada jurang yang wujud antara mereka yang mempunyai kuasa dan tidak mempunyai kuasa atau yang berkuasa rendah

c) Pengelakkan ketidakpastian (UncertainyAvoidance)

Pengelakkan ketidakpastian merujuk kepada ketidakselesaan dan sikap tidak boleh bertoleransi dengan sesuatu yang tidak menentu dan kabur serta menghasilkan sokongan terhadap kepercayaan yang menjamin kepastian dan penyesuaian. Pengelakkan ketidakpastian juga adalah keadaan di mana apabila seseorang itu terancam dengan wujudnya ketidakpastian dan kekaburan. Secara mudahnya, pengelakkan ketidakpastian merujuk kepada sejauh mana toleransi yang wujud terhadap kesamaran dan ketidakpastian. Budaya yang mempunyai pengelakkan ketidakpastian yang tinggi akan cuba mengurangkan kesamaran dan ketidakpastian dengan sedaya upaya untuk mencari kebenaran

d) Kelelakian – kewanitaan (Masculinity)

Nilai – nilai dominan dalam masyarakat adalah maskuliniti manakala feminiti adalah sebaliknya. Pembolehubah atau dimensi kelelakian – kewanitaan mengenal pasti peranan jantina (gender roles) dalam masyarakat dan tahap sesuatu masyarakat membenarkan percampuran (overlaps) peranan wanita dan lelaki Budaya yang mempunyai maskuliniti yang tinggi akan menyebab berlakunyai perbezaan peranan jantina yang tinggi, ia lebih memfokus kepada kebebasan, cita-cita dan sebagainya.

e) Orientasi jangka panjang (Long-Term Orientation)

Dimensi yang terakhir adalah dimensi atau pembolehubah orientasi jangka panjang yang merujuk kepada sejauh mana penekanan sesuatu masyarakat terhadap masa lalu, keadaan semasa atau masa depan

No comments: